HIBURAN
“Kenapa Saya Nak Berbogel?” – Jaclyn Victor
Penyanyi Jaclyn Victor meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyunting wajahnya tanpa izin dengan foto tidak senonoh.
Jelas Jaclyn, dia enggan berdiam diri dan akan mengambil tindakan tegas.
“Okay, itu sahaja. Orang-orang ini memang sesuatu. Nak cakap lebih pun tak guna, nanti kita pula yang nampak macam orang jahat,” tulisnya dalam kapsyen di Instagram.
Pelantun lagu Gemilang itu juga menegaskan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Saya nak pergi ke balai polis. Perkara ini sudah semakin melampau dan benar-benar membuat saya marah. Lagi satu, kenapa pula saya nak berbogel?” jelasnya.