Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut membuka mulut mengenai kemelut yang melanda kakaknya dan pelakon Ruhainies.

Menerusi hantaran di Instagram, Didi berkata, jari-jemarinya ringan menaip untuk berkata sesuatu saat melihat Ruhainies muncul di kaca televisyen ditemu ramah oleh sebuah program hiburan popular sebentar tadi.

Buka mulut

“Selama ni saya diam je tau tapi adik-beradik sebelah sana duk backup dia siap buat fake statement tangkapan khalwat. Tapi bila nampak si manipulator ni buat interview niatnya nak minta maaf lah berdamai lah terus ringan jari ni nak menaip.



“Kak Long saya tu tengah sibuk kerja kat China. Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat? Dah lah kau fitnah sini sana.

“Cakap Bella yang perangkap khalwat, ⁠memburukkan Kak Long di set (Bella ada bukti ya). ⁠Cakap team Bella pergi email brand-brand untuk jangan ambil Ruhainies (kelakar ek).

“⁠Cakap Bella ni b*bi (biadab ek), ⁠plan cara nak menjatuhkan Bella sedangkan kes khalwat tu salah sendiri dan paksa Aliff untuk malukan Bella lagi sampai sanggup buat fake account pakai cyber-troopers untuk kecam Bella (jahat nauzubillah macam sinetron),” tulisnya.

Kebenaran

Dalam masa sama, Didi berkata yang kebenaran akhirnya akan berpihak kepada mereka yang baik.

“Mereka ni lupa tau hujung-hujung kebenaran tu akan berpihak pada orang baik. Tiba-tiba je sekarang buat muka sedih konon nak berdamai hanya selepas viral perbualan dia ber L U, L U S M tu.

“Korang tolonglah mention dia ok sebab tak boleh mention dia. Padahal saya tak pernah eh kacau dia. Dia yang kacau rumahtangga Kak Long saya.

“Lu jaga dragon.. lu masuk tempat wa, wa bom lu tau,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Ruhainies membuat permohonan maaf terbuka kepada Bella Astillah, selain turut meminta maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam konflik bersama Aliff Aziz.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!