Hiburan

Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!

gempak
Umirah Halim
27/04/2024
04:06 MYT
Sponsor Banner
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.
Susulan itu, ramai netizen yang tertarik dengan kekecohan ini sehinggakan ada yang melukis peta minda bagi memudahkan orang lain memahami kronologi kes ini.
Sementara itu, kegigihan untuk mengumpul maklumat sehingga melukis peta minda perihal kontroversi ini mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong dan ada juga yang menyela tindakan mereka ini kerana seakan terlalu sibuk untuk menjaga tepi kain perihal rumah tangga orang lain.
“Yang tukang lukis peta minda tu mesti dah hafal setiap kejadian hahah.
“Bersungguh-sungguh betul nak ambil tahu hal rumahtangga orang. You can take Malaysian out of membawang but you can never take membawang out of Malaysian.
“Sungguh trun off kalau dapat perempuan macam ni. Rumahtangga orang lain, kau sibuk macam kau tu wife alif.
“Jelas menunjukkan orang Malaysia memang suka ambil tahu pasal orang lain,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz.
Dia berani berbuat demikian kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff demi menjatuhkan isteri sendiri iaitu Bella Astillah.
Selain itu, ramai juga yang terpalit dengan kontroversi ini setelah dipetik nama menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi oleh Sarah.

Berita Trending: Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara…

Berita Trending: “Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024