“Kenapa Tak Cakap Melayu?”- Ditegur ‘Speaking’ Dengan Anak, Ini Jawapan Shima Anuar
Syafiqah Jalal
31/05/2022 13:05 MYT
31/05/2022 13:05 MYT
Pelakon Shima Anuar ditegur oleh netizen selepas kerap menggunakan bahasa Inggeris apabila bertutur dengan anak-anaknya.
Pengguna laman sosial itu mempersoalkan mengapa Shima tidak menggunakan bahasa negara asalnya iaitu Malaysia.
“Kenapa mak ayah sekarang suka cakap orang putih dengan anak-anak mereka. Kenapa tak cakap bahasa Melayu atau Malaysia?,” tulisnya.
Teguran itu diberikan pengguna laman sosial selepas membalas rakaman video anak Shima yang sedang bertutur dalam bahasa Inggeris dengannya di dalam Instagram (IG) Story.
Shima tidak mendiamkan diri malah memberi respon dengan muat naik paparan skrin mesej peribadi (PM) itu kembali di IG Story miliknya.
Jawab Shima dia mahu anak-anaknya menguasai pelbagai bahasa dan dia juga menafikan anaknya hanya tahu berbahasa Inggeris.
“Nak bagi anak kuasai pelbagai bahasa. Senang untuk mereka bila besar nanti. Kalau saya boleh bercakap dalam bahasa Cina (Mandarin) dan Tamil, saya juga akan aja rmereka bahasa itu.
“Alhmadulilah anak-anak saya fasih berbahasa Melayu, bukan Inggeris sahaja.
“Kalau boleh belajar bayanyak bahasa, kenapa 1 sahaja?” balasnya.
Sekadar info, Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mairan Sophia, 3, dan Mikhael Iman yang berusia dua tahun.