HIBURAN
"Kenapa Tak WhatsApp Saya, Kita Kan Keluarga?" - Rebecca Nur Al-Islam
Kontroversi hangat tercetus melibatkan pelakon Rebecca Nur Al-Islam dan anak-anak kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim terus menarik perhatian ramai.
BERITA TRENDING: “Tiada Istilah Kawan Baik, Hanya Kenalan Biasa” - Nur Shahida
BERITA TRENDING: Pernah Sokong Perniagaan Aliff Syukri, Rebecca Reda Jika Tidak Dianggap Kawan - “Dah Macam Budak 7, 8 Tahun…”
Terbaharu, menerusi perkongsian kepada Astro Gempak, Rebecca menjelaskan pada awalnya dia menyangka tindakan Datin Shahida hanyalah sekadar menghasilkan kandungan (content) semata-mata.
“Saya terkejut dengan video yang dikeluarkan olehnya. Saya ambil masa berfikir panjang sebelum keluarkan video balas. Pada mulanya saya fikir dia mungkin main-main dan sekadar content, tetapi selepas itu saya rasa ia bukan content sebab caranya agak kasar,” jelasnya.
Rebecca turut meluahkan rasa hairan mengapa pihak terlibat tidak memilih untuk berkomunikasi terus dengannya secara peribadi sekiranya terdapat sebarang isu atau ketidakpuasan hati.
“Kenapa dia tak boleh WhatsApp saya? Bukankah kita keluarga?” soalnya.
BERITA TRENDING: Datin Rebecca Jawab Isu RM1.5 Juta, Bersumpah Tak Pernah Berhutang? | Motif Trending S4
Menurut aktres berusia 39 tahun itu lagi, hubungan antara mereka sudah terjalin sejak lama sebelum perkahwinan Bonda Rozita dengan abangnya, dan beliau sendiri pernah dijemput ke beberapa acara anjuran mereka.
“Selama ini ada saja jemputan majlis, awak boleh WhatsApp saya. Saya pernah hadir ke pelancaran produk, beg tangan dan sebagainya. Sebelum Bonda berkahwin dengan abang saya pun kami dah kenal. Lainlah kalau kami ini musuh atau tak pernah baik,” katanya.
Rebecca juga mengakui berasa kekok untuk menggunakan istilah ‘kawan’ kerana khuatir dianggap berlebihan oleh sesetengah pihak.
Terdahulu, Rebecca menjadi tumpuan apabila memuat naik sebuah video menjawab dakwaan kononnya menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan Bonda Rozita, susulan tindakannya yang sering memuat naik gambar serta video bersama keluarga tersebut.
Tonton video penuh di sini: