HIBURAN
Pernah Sokong Perniagaan Aliff Syukri, Rebecca Reda Jika Tidak Dianggap Kawan - “Dah Macam Budak 7, 8 Tahun…”
Kakak kepada pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam iaitu Farra Ahmad memberi respons terhadap kenyataan Datin Seri Shahida yang menafikan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri pernah menjalin hubungan persahabatan rapat dengan adiknya.
Jelas Farra, Rebecca seorang individu yang banyak memberikan sokongan terhadap perniagaan pasangan suami isteri itu yang dikenali sejak zaman adiknya aktif sebagai model.
Namun, Farra berkata Rebecca harus lebih berhati-hati dalam memilih perkataan ketika merujuk kepada hubungan dengan seseorang individu pada masa akan datang.
“Dia ni pilihan perkataan bila kenal dengan seseorang dia akan mention sebagai kawan tapi saya dah nasihatkan dekat dia jangan guna perkataan kawan itu sebab ada orang ambil perkataan itu sebagai satu perkataan yang sangat sensetif hanya untuk mereka.
“Saya ni pernah ikut dia buat event semasa sebelah sana buat event, dia punya sokongan saya pun tak percaya dia akan support orang macam tu sekali. Dia pergi event, beli barang dengan jumlah yang banyak,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Rebecca mengakui kekhilafannya yang mudah menganggap orang lain sebagai rakan dan berjanji akan lebih berwaspada selepas ini.
“Saya pernah pergi majlis dan membeli barangan mereka jadi pada saya itu berkawan, kalau saya jemput awak datang ke majlis saya mestilah kita berkawan, tapi betul la kata kakak saya mungkin kami hanya kenalan, tak mengapalah tak berkawan pun tak apa.
“Dah macam budak 7-8 tahun, kawan kita tak? Tak nak kawan sudah,” katanya.
Terdahulu, timbul spekulasi apabila seorang pengguna media sosial meninggalkan komen bahawa Aliff Syukri kelihatan ‘tenang’ apabila tercetus isu melibatkan keluarganya dengan Rebecca kerana didakwa dia dan aktres itu berkawan sejak era peragaan model dahulu.
Bagaimanapun, Shahida ymenolak dakwaan kononnya suaminya itu berkawan baik dengan Rebecca selain menyifatkannya sebagai cerita tidak berasas.
Must-Watch Video