Hiburan

"Kenapa Tiket Flight Balik Sarawak Auto Extra Mahal Bila Nak Balik Raya?" - Faye Kusairi

gempak
Amri Hassan
07/03/2024
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Kenapa Tiket Flight Balik Sarawak Auto Extra Mahal Bila Nak Balik Raya?" - Faye Kusairi
Pelakon Faye Kusairi berkongsi keluhan harga tiket penerbangan pulang ke kampung halamannya di Sarawak pada musim perayaan yang melambung tinggi.

BERITA TRENDING: "Tiket Ke Eropah Pun Tak Semahal Balik Sarawak" - Zee Avi Terpaksa Tangguh Bawa Suami Balik Kampung Jumpa…

Jelas Faye, harga itu naik mendadak berbanding hari biasa sekali gus 'memaksa' rakyat menanggung beban untuk pulang ke kampung masing-masing.
"Kenapa tiket penerbangan balik ke Sarawak auto menjadi extra mahal bila nak balik raya?
"Apa beza hari bisa dan hari raya kalau rakyat nak balik ke negeri masing-masing?
"Kenapa harga tiket penerbangan ke luar negara pula lebih murah berbanding harga tiket penerbangan balik ke Sarawak? Apa bezanya?" ujar Faye.

BERITA TRENDING: Alena Murang Terkejut Harga Tiket Balik Sarawak Mahal Melampau Sebelum Krismas - "RM3,300 Pertama Kali…

Justeru, Faye meminta pihak berwajib agar memantau perubahan harga tiket penerbangan demi menjana ekonomi setempat.
"Pihak berkenaan tak nak tolong ekonomi kita sendiri naik ke? Tak nak rakyat berbelanja di negara sendiri, instead nak orang berbelanja di luar negara? Nak rakyat berbelanja lebih di luar negara?
"Macam manalah nak naikkan matawang kita? Orang Sarawak bukan rakyat Malaysia ke apabila menjelang raya? Harga tiket mencekik darah yang diberi. Kenapa?" ujarnya lagi.
Hal itu jelas Faye amat keterlaluan dan tidak adil bagi segelintir rakyat yang kurang berkemampuan untuk membiayai tiket penerbangan pulang ke kampung untuk meraikan lebaran bersama keluarga.
"Bagi saya ini memang tak adil. Sudahlah segalanya mahal sekarang. Orang Sarawak nak balik beraya pun terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk beli tiket penerbangan.
"Ada yang mungkin tak mampu nak buat persiapan raya sebab dah habis beribu (ringgit) untuk beli tiket penerbangan saja. Bilalah masalah ni nak selesai, tak adil. Betul-betul tak adil," tambahnya.
Secara faktanya, harga tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak dan Sabah lazimnya meningkat ketika musim perayaan.
Antara puncanya kerana penerbangan tersebut perlu melalui ruang udara Singapura yang secara teknikalnya menjadikan penerbangan antarabangsa dan mungkin menambah kos.
Selain itu, prinsip asas ekonomi permintaan dan penawaran. Pada musim perayaan, permintaan untuk tiket penerbangan meningkat sekaligus menyebabkan kenaikan harga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live