,
Laman Utama

“Kenapalah Ambil Gambar Macam Ni?” - Emma Maembong Ditegur Di Instagram Gara-Gara Posting Hari Ibu

Izwan Isa
15/05/2023
07:50 MYT
Saban tahun, kedatangan Hari Ibu pastinya ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang.
Masakan tidak, sambutan yang jatuh pada Ahad kedua setiap bulan Mei itu sering dijadikan sebagai hari untuk meraikan dan memperingati pengorbanan wanita-wanita yang sudah mempunyai anak.
Tidak terkecuali, pelakon Emma Maembong turut mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan ucapan kepada ibunya, Yatimah Zarib di platform Instagram.
“Happy mother’s day mama, I love you so much. Mama dah ada seorang lagi cucu, 24 cucu semua,” tulis Emma.
Terharu dengan ucapan berkenaan, Yatima membalas: “Thank you sayang happy mother’s day to you as well, yes I am proud to have 24 beautiful grandchildren,” tulisnya.

Ucapan 'daripada' anak

Selain itu, akaun Instagram anaknya, Shariq Gabriel turut memuat naik gambar serta ‘ucapan’ yang ditujukan untuk ibunya.
“Happy mother’s day mama,” tulis akaun tersebut menerusi ruangan kapsyen ringkas.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan Emma dalam gambar yang dimuat naik.
“Cantik betul... Kulit halus putih gebu dah sama dengan baby,” netizen memberikan pujian kepada Emma.

Dikritik kerana gambar

Namun, sungguhpun ramai yang memuji kecomelan Shariq dan juga Emma, masih ada juga yang mempertikaikan penampilan pelakon berusia 31 tahun menerusi gambar yang serupa.
“Kenapalah ambil gambar macam ni, ambil lah gambar yang penuh berpakaian lebih mulia sebagai muslim,” tulis seorang netizen.
Begitupun, Emma dilihat tidak mengambil pusing dan tidak mempedulikan komen berkenaan.
Untuk rekod, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 31, mendirikan rumah tangga dengan Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

Nama Dipetik Terkait Kes Penahanan Pil Kuda di Thailand, Idayu Tampil Pertahankan Diri - "Ramai Betul Yang Tag Kita…"

gempak
03/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Idayu menafikan dakwaan dirinya antara yang ditahan oleh polis kerana disyaki memiliki ribuan pil kuda di Sungai Golok,Narathiwat, Thailand.
Hiburan

Pose Gaya Melentik, Imej Seksi Mawar Rashid Dikritik - “Nampak Macam Tak Normal”

gempak
25/10/2024
00:54 MYT
Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sebuah video baru-baru ini.
Hiburan

Masih Dikritik Suara Sumbang, Ramai Netizen Tampil Backup Bella Astillah - “Dia Cari Rezeki Je...”

gempak
24/10/2024
04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berjaya meraih perhatian netizen baru-baru ini apabila tular semula video dirinya mempersembahkan lagu Mati-Matian nyanyian asal Mahalini.
Hiburan

Hanya Jadi Diri Sendiri, Qistina Raisah Tak Kisah Netizen Kritik Penampilan Seksi - “Baju Saya Pilih, Mak Akan Tapis Dahulu..”

gempak
21/10/2024
01:33 MYT
Pelakon, Qistina Raisah enggan mengambil pusing terhadap pendapat orang mengenai penampilan dirinya yang dikatakan seksi dan terlalu mencuba untuk menjadi ‘dewasa’.
Unitar