Berita
"Kentut Depan Muka, Wrestling Tu Normal" - Ini Pendedahan Ika Nabella
Pelakon Ika Nabella mengakui dia dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam bukan pasangan yang romantik sama seperti orang lain.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ika menjelaskan dia ada cara tersendiri bersama suami dalam mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.
"We’re not the romantic type. Type peluh gesel-gesel, kentut depan muka ni.
"Wrestling tu normal. Biar ah. Harap bahagia sampai ke syurga. Tu ja.
"Aku tag ig laki aku tu jangan ada nokdaro (anak dara), jando (janda) pi direct message dia ajak wrestling pulak.
"Aku rockbottom muka kau nanti. TQ. Bunyi macam elok naw laki aku tu khen. Lol!," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Ika dan mereka turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Ika dan Zaid telah mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016.
Must-Watch Video