Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kepala Bayi Tertinggal Dalam Rahim Ibu, Bidan Dipersalahkan

Maliah Surip
13/03/2024 00:55 MYT
Seorang ibu muda berusia 25 tahun berdepan pengalaman pahit apabila bayinya meninggal dunia.

Apa yang mengerikan, kepala bayi yang mahu dilahirkannya itu tertinggal di dalam rahim.

Menurut laporan DetikJatim, insiden menyayat hati tersebut terjadi di Desa Panpajung, Modung, Bangkalan, Indonesia.

Ibu malang yang dikenali sebagai Mukarromah dikatakan telah pergi ke pusat kesihatan masyarakat di kampung tersebut untuk mendapatkan surat rujukan bersalin di hospital kerana kedudukan bayi dalam keadaan songsang.

Namun seorang bidan telah menawarkan khidmat membantu proses kelahiran kerana bukaan bersalin Mukarromah sudah mencapai empat sentimeter.

Bagaimanapun proses melahirkan bayi tersebut tidak berjalan lancar apabila kepala bayi wanita malang itu telah ditinggal di dalam rahim.

Lantaran kejadian itu, Mukarromah dilarikan ke hospital iaitu Rumah Sakit Ibu dan Anak (RSIA) Glamour Husada, Bengloa, Tanjung Jati, Bangkalan untuk menjalani pembedahan mengeluarkan kepala bayi yang tertinggal di dalam rahimnya.

Pihak keluarga Mukkaromah kemudian membuat laporan polis dengan dakwaan kecuaian oleh bidan sehingga mengakibatkan kematian.

Namun pihak pusat kesihatan masyarakat menegaskan bidan telah menjalani prosuder yang sesuai sewaktu menyambut proses kelahiran bayi tersebut.

BERITA TRENDING: “Apa Dosa Bayi Tu?” Netizen Speechless Bila Bayi Baru Lahir ‘Dibuang’ Dari Aras Tinggi Sebuah Kondominium

BERITA TRENDING: Ditendang Pihak Lawan, Atlet Silat Sukma Terengganu Meninggal Dunia

#Indonesia #Wanita hamil #Kepala Bayi
;