Hiburan

“Kepala Dah Nervous Fikir Nak Pump Kat Mana” – Comelnya Bila Nadia Aqilah Kongsi Pengalaman Jadi Ibu

gempak
Mya Amri
11/02/2020
09:56 MYT
Sponsor Banner
“Kepala Dah Nervous Fikir Nak Pump Kat Mana” – Comelnya Bila Nadia Aqilah Kongsi Pengalaman Jadi Ibu
Pelakon Nadia Aqilah berkongsi pengalaman pertama kali mengepam susu badan di khalayak ramai.
Nadia berkongsi pengalamannya menerusi entri di akaun Instagramnya.
Menerusi coretannya, Nadia akui berasa gementar untuk melakukan perkara tersebut namun atas bantuan dan sokongan rakan-rakan dia berjaya melakukannnya.
“Rasa gementar sangat, fikir nak pump dekat mana, boleh ke pump dekat restoran tengah-tengah bandar, adakah orang akan okay?
“Bila terfikirkan tentang mengepam susu di khalayak ramai agak menakutkan saya. Adakah saya akan okay? Namun kawan-kawan saya kata segalanya akan okay.
“Jadi saya lakukan juga, secara perlahan-lahan saya sediakan segalanya sementara mereka berbual. Rakan baik saya dan rakan-rakan yang lain juga banyak membantu dan memastikan kain saya tidak terjatuh.
“Perjalanan sebagai mak-mak sebenarnya sangat indah namun akan menjadi sedikit sukar sekiranya tanpa sokongan.
“Kerana mana ada mak- mak nak tunjuk dia tak okay kan? Mummies, macam mana pengalaman anda sewaktu pertama kali pam susu di khalayak ramai?
“Adakah anda membuat latihan di rumah dahulu macam saya? Hahaha,” kongsinya.
When I said “guys I miss you come over let’s hang out.” My friends said “how about we get you out of the house for a nice night out?” Masa tu dah pikir eh ye lah lama tak berlipstick merah why not jom tapi kat kepala dah nervous sangat, pikir nak pump kat mana, boleh ke pump kat restaurant tengah2 bandar, will people be ok? The thought of pumping in public was quite daunting for me ? Will I be ok? But these weirdos said “yassss just do it!” . . . So I did. Slowly I set up while we were chatting, put on my best friend #gominiwithpigeon and my friends made sure my kain tak terjatuh (biggest fear hahaha) because I kept asking “guys am I flashing everyone?” Nobody even noticed! This is a milestone in my adult life ? . . . I am grateful to have a great support from my family and my friends. Motherhood is a lot of beautiful things but it can be really tough without support because mana ada mak mak nak tunjuk dia tak ok kan? Mummies, how was your first pump in public? Did you guys rehearsal at home dulu macam I? Hahaha. Pictures are captured by my fav weirdos, thank you for taking me out and for my first blue cheese since mengandung. Beach trip soon? Yes? ? . #gominiwithpigeon you rock my world ?
A post shared by Miss Nadia, that's me ? (@missnadiaaqilah) on
Terdahulu, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Aqilah Bajuri telah mendirikan rumah tangga dengan Saiful Ridzuan pada 20 April 2018.
Nadia selamat melahirkan bayi sulungnya, Senja Aqila pada 4 Disember 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live