Laman Utama
Kerajaan Indonesia Larang Balik Kampung, Tak Ada Masalah, Anang & Ashanty Raya Di Dubai
Negara jiran, Indonesia turut melarang rakyatnya pulang ke kampung merayakan Aidilfitri. Larangan itu dibuat sebagai langkah membendung penularan kes COVID 19 yang tak surut di negara itu sejak lebih setahun lalu.
Pada saat ramai rakyat Republik itu berusaha dan nekad pulang ke kampung dengan pelbagai helah, lain ceritanya dengan pasangan selebriti Anang Hermansyah dan isteri, Ashanty.
Bukan pulang ke kampung, sebaliknya Anang dan keluarga terbang ke Dubai, sekaligus akan menyambut Aidilfitri di negara tersebut.
Advertisement
Pasangan ini telah berangkat ke Dubai semalam bersama tiga anaknya iaitu Azriel, Arsy, dan Arsya.
Menurut laporan Insertlive, pada awalnya pasangan ini mahu menyambut Aidilfitri di Turki apabila Ashanty akan melakukan rawatan di sana.
Namun, oleh kerana Turki sedang dalam fasa lockdown sehingga 18 Mei, mereka memutuskan untuk berhari raya di Dubai sehingga pintu Turki dibuka.
"Sebenarnya niat utama kami adalah untuk ke Turki, Ashanty ini menjalani rawatan di sana.
"Tapi Turki masih lockdown jadi kita memutuskan pergi ke Dubai dulu. Sebetulnya di Dubai hanya untuk transit tapi oleh kerana kami sudah menangguh tiketnya sebanyak tiga kali, jadi sudah tidak boleh ditangguhkan lagi," jelas Ashanty sewaktu ditemui di Bandara Soekarno Hatta.
Ashanty kemudian menjelaskan: "Jadi kita ke Dubai dulu, Lebaran di sana sampai lockdown-nya Turki dibuka. Katanya 18 (Mei) dibuka."
Isteri komposer dan pemuzik terkenal itu juga menjelaskan pada awalnya mereka tidak membawa anak anak, namun mengambil keputusan membawa ketiga tiga anaknya untuk bercuti.
"Sepatutnya saya hanya pergi berdua dengan Anang. Tapi bila difikirkan semula, kami bawa semua anak anak memandangkan mereka pun sudah setahun tidak ke mana mana.
"Hanya Aurel yang tidak ikut. Dia sudah berkahwin dan sedang hamil, jadi dia sambut Lebaran bersamanya suaminya, Atta Halilintar di Jakarta sahaja," kata Ashanty.
Ashanty diketahui mengidap penyakit autoimun iaitu badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
Instagram: @ashanty_ash, @benanghijau
Must-Watch Video