Hiburan
Kerana Isu Oktovia Manrose Bersama Aliff Aziz, Akaun Aprena Manrose Pula 'Diserang' Netizen
Pelakon Aprena Manrose 'diserang' netizen selepas tular di media sosial aktres Oktovia Manrose bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz di sebuah kelab malam yang terletak di Changkat, Bukit Bintang.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aprena yang merupakan adik kepada Oktovia berkongsi sebuah video cover lagu Semakin bersama Bella Astillah beserta kapsyen untuk peminatnya.
"Atas permintaan ramai, here it is for all my lovely family! @aprenaangles.
"Sampai saat ini aku tidak pernah mengerti, resah ini selalu saja melekat di hati".
"The full video will be uploaded soon on Aprena Manrose's youtube channel & on my igtv.
"#Semakin by kak @sitisarahraisuddin. Cover by Aprena & @bellaastillah," tulisnya.
Namun menerusi ruangan komen, rata-rata menegur Aprena supaya menasihati Oktovia supaya tidak mengganggu kebahagiaan rumah tangga orang lain.
Tidak cukup dengan itu, terdapat segelintir pengikut yang mendoakan semoga keakraban hubungan antara Aprena dan Bella tidak terjejas dengan isu ini.
Semalam, Bella Astillah menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku curang dengan pelakon Oktovia Manrose.
Oktovia mengaku salah dan memohon maaf atas kesalahannya serta mengharapkan Bella dan Aliff dapat menyelesaikannya secara baik.
Must-Watch Video