Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Kerana Persembahan Sufian Suhaimi, Zulin Aziz Pula Diminta Duduk Atas Pelamin Bersama

Syafiqah Jalal 04/02/2019 | 08:22 MYT
Persembahan penyanyi Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu pada pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) semalam membuatkan ramai penonton menitiskan air mata.
Persembahan Sufian yang membawa pelamin di atas pentas itu menjadi 'trending' di Twitter selain mencatat jumlah tontonan tertinggi di laman YouTube TV3 Malaysia iaitu mencecah 800,000 penonton berbanding persembahan finalis lain.
Rata-rata akui tersentuh dengan cara persembahan Sufian membawakan lagu tersebut.
Bagaimanapun, lain pula apa yang berlaku kepada pelakon Zulin Aziz.
Zulin memberitahu dia diminta untuk duduk bersama di atas pelamin dalam persembahan Sufian.
Pun begitu, Zulin berkata dia sudah ‘move on’ dan tiada air mata lagi untuk ditangisi berikutan kisah tak jadi kahwinnya sebelum ini.
Sufian berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik AJL 33 menerusi lagu Di Matamu.
Persembahan Sufian itu bagaimanapun mencetuskan desas desus yang mendakwa rekaan pelamin dan bentuk lampu chandelier yang digunakannya sebagai props untuk AJL 33 mempunyai persamaan dengan pelamin pernikahan bekas tunangnya, Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar.
#pelakon #Penyanyi #Zulin Aziz #Sufian Suhaimi #Pelakon #Penyanyi
;