Hiburan

Kerana Rapatkan Saf, Remaja Dicekik Dalam Masjid, Anas Tahir Cerita Kejadian Sebenar!

gempak
Mya Amri
08/05/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Kerana Rapatkan Saf, Remaja Dicekik Dalam Masjid, Anas Tahir Cerita Kejadian Sebenar!
Penyampai radio Zayan FM, Anas Tahir menceritakan detik cemas yang berlaku sewaktu menunaikan solat berjemaah di masjid apabila seorang remaja dicekak dari belakang oleh lelaki berusia.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok mililnya, Anas memaklumkan kejadian berpunca hanya kerana isu rapatkan saf sahaja.
“Kena kongsi juga, budak itu rapatkan saf sahaja. Bercakap pun lembut. Tak ada kurang ajarnya.
“Kau yang lengkap pakai kopiah, baju melayu, kain pelikat bagai, aku memang hilang hormat betul dengan kau. Kesian budak tu,” coretnya.

Seorang remaja dikasari dan dicekik

Menurut Anas, remaja terbabit yang sememangnya kerap menunaikan solat di masjid tersebut secara berjemaah secara tiba-tiba dikasari oleh lelaki berusia itu kerana dianggap kurang ajar disebabkan dia merapatkan saf dengan individu berkenaan.
“Imam baru bagi salam, tak sempat nak wirid tiba tiba pakcik yang dekat sebelah budak tu dia cekik kat belakang.
“Saya saf kedua, lepas habis jemaah sembahyang Maghrib, tiba-tiba pakcik tu cekik budak ni, budak itu tak balas apa-apa.
“Imam tengah wirid dia boleh kata dekat budak itu ‘jomlah ke belakang, kurang ajar dengan orang tua,’ dia bangun dan locked tangan budak ni.
“Dia masih tidak membalas apa-apa. Nak tahu cerita dia pasal apa? Budak ini rapatkan saf, kakinya bersentuh dengan kaki pakcik itu. Saya istighfar dari belakang,” kongsinya menerusi video yang dimuat naik

Tidak melawan

Jelas Anas lagi, selepas menyedari kejadian tersebut, beberapa jemaah cuba meleraikan kekecohan tersebut sebelum bertemu dengan remaja terbabit yang kelihatan tenang.
“Saya kena bagitahu nama budak itu Waqiuddin, saya respek dia sebab dia tidak melawan walaupun dia dah kena locked tangan di belakang.
“Pakcik sabarlah pakcik, kalau pergi sembahyang dengan negara lain, kalau kena rapatkan saf macam tu, takkan semua orang kau nak belasah.
“Rapatkan saf tu standart lah pakcik. Tiap tiap hari, muka budak tu selalu pun dekat masjid tu bukannya baru solat hari ini dekat situ.
“Tapi ialah mungkin itu ujian untuk pakcik tu, tapi saya memang respek budak tu sebab dia tidak melawan, sabar.
“Orang kata orang yang kuat ni bukan yang boleh tumbuk orang sampai pengsan tapi orang yang kuat ini adalah orang yang boleh menahan sabar diwaktu dia mampu untuk melakukan sesuatu,” jelasnya.
Saksikan video penuh Anas di bawah:
@aanastahirr
Sorry la kena share jugak. Budak tu rapatkan saf je. Bercakap pun lembut. Xde kurang ajar nye. Ko yg lengkap pakai kopiah, baju melayu, kain peli at bagai. Aku mmg hilang hormat betul dgn ko. Kesian budak tu.
♬ original sound - Anas Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live