Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kerana Tekanan Kerja, Wanita Ini Naik Berat Sehingga 20 Kg

Asyraf Roslan
12/09/2024 04:55 MYT
Gara-gara tekanan di tempat kerja seorang wanita muda di China telah mengalami kenaikan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) dalam masa setahun.

Wanita yang dikenali sebagai Ouyang Wenjing,24, telah berkongsi di akaun Xiaohongshu miliknya bahawa berat badannya meningkat daripada 60kg kepada 80kg selepas bekerja selama setahun.

Meskipun tidak berkongsi apakah jenis pekerjaannya, Wenjing yang berasal wilayah Guangdong di selatan China memberitahu bahawa pekerjaannya telah menjadi satu ‘bencana’ bagi kesihatan fizikal dan mentalnya.

BERITA TRENDING: Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

BERITA TRENDING: Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

BERITA TRENDING: Amir Ahnaf Pernah Jadi Mangsa Buli, Syukur Dapat Atasi Trauma - “Kalau Saya Tak Hadapi Dengan Betul…”

BERITA TRENDING: Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram


Menurutnya, sepanjang bekerja dengan syarikat tersebut dia sering terpaksa bekerja lebih masa, menghadapi jadual kerja yang tidak teratur, dan sentiasa memesan makanan menerusi aplikasi penghantar makanan.

Kerana tidak tahan dengan situasi berkenaan, akhirnya Wenjing memutuskan untuk berhenti kerja pada bulan Jun dan kini berasa lebih baik dari semasa ke semasa.

Wenjing kini sedang mengamalkan cara pemakanan yang sihat seperti mengurangkan minyak dan gula serta fokus kepada makanan seimbang seperti sayur-sayuran, bijirin, dan protein.

Dengan perubahan ini, dia telah berjaya menurunkan 6kg dalam masa sebulan.

Perkongsian Wenjing mendapat perhatian netizen dan ramai yang bersetuju dengan kenyataan "obesiti akibat kerja berlebihan" yang menyebabkan mereka mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.

Sumber: South China Morning Post

#Tekanan #Kerja #Naik Berat Badan
;