,
Hiburan

Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

Khairil Khusyairi
12/09/2024
02:55 MYT

Pelakon Nadhir Nasar bersetuju dengan kenyataan berhubung ramai pelakon generasi baharu yang bertubuh sasa gagal melakukan babak aksi dengan betul seperti yang disuarakan oleh pelakon senior, Ruzaidi Abdul Rahman baru-baru ini.

Perlu Dibaiki

Bercakap kepada Gempak, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 28, mengakui setiap babak aksi yang pernah dilakonkannya perlu diperbaiki lagi.

“Berapa banyak babak aksi yang saya dapat dalam sesebuah karya walaupun dalam Projek High Council? Ia adalah drama yang bagus, solid story dan mungkin penonton lain nampak tetapi tidak bagi pelakon senior.

"Mungkin ada babak mereka (senior) nampak macam kena tumbuk tetapi lembik. Saya sendiri mengaku kalau babak aksi yang saya buat dalam sesebuah drama saya perlu untuk perbaiki lagi.

“Saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Tak apa, benda yang baik itu kita harus ambil,” katanya ketika ditemui Gempak.

Terima Teguran Pelakon Senior

Tambah pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi itu lagi, dia menyifatkan kenyataan yang dibuat pelakon senior tersebut adalah satu teguran yang positif yang perlu ditelan oleh setiap pelakon muda kini.

“Saya tak nampak ia satu perkara yang negatif. Saya nampak perkara itu sebagai teguran untuk kita sebagai pendatang baharu.

“Kalau kau nak lebih seperti pelakon senior, perlu belajar dari pengalaman, belajar dan belatih setiap hari.

“Saya terima saja apa yang orang cakap,” ujarnya optimis.

Malah, Nadhir juga berkata pelakon senior berhak memberi sebarang pandangan terhadap pelakon baharu terutamanya demi masa depan industri.

“Saya hormat setiap pandangan seseorang. Semua orang mempunyai pendapat masing-masing.

“Saya rasa setiap pelakon senior pasti ada saja perkara yang mereka pendam terhadap pendatang baharu.

“Jadi saya rasa okey saja, tiada masalah pun. Sebab suatu hari nanti kami akan bergelar pelakon senior juga,” katanya.

Ditanya apakah pernah mengambil kelas latihan pertahanan diri, ini jawapan pelakon tersebut.

“Saya tidak ambil sebarang kelas mempertahankan diri sebenarnya. Dulu ketika saya buat Projek High Council ada lah seperti Judo.

“Tetapi sekarang tidak lagi sebab saya sibuk dengan jadual. Saya hanya buat senaman seperti jogging untuk kekal aktif,” kongsinya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Girlfriend Popeye Sebab Rambut Pendek, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen - "Saya Tak Guna Duit Awak..."

gempak
12/09/2024
08:25 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak mengendahkan komen netizen yang menyifatkannya serupa dengan teman wanita watak animasi terkenal, Popeye, ketika berambut pendek.
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.