Hiburan

Kerap Tak Hadir Mahkamah, Netizen Geram Perangai Hafidz Roshdi - “Nampak Sangat Tak Bertanggungjawab”

gempak
Mya Amri
27/03/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Kerap Tak Hadir Mahkamah, Netizen Geram Perangai Hafidz Roshdi - “Nampak Sangat Tak Bertanggungjawab”
Pelakon, Hafidz Roshdi menjadi perhatian netizen selepas sekali lagi tidak hadir ke mahkamah sepertimana yang telah dijadualkan pada Selasa.
Menerusi komen-komen di media sosial, rata-rata netizen menyifatkan Hafidz sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mematuhi jadual ditetapkan.
Selain itu, netizen juga mendakwa Hafidz seolah-olah sengaja melengah-lengahkan kes dan tidak menghormati perintah mahkamah.

NETIZEN DAKWA HAFIDZ TAK BERTANGGUNGJAWAB

Berikut merupakan antara komen netizen:
BERITA TRENDING:“Saya Yang Jauh Boleh Datang, Tak Akan Dia Dekat Pun Tak Boleh” - Tak Hadir Mahkamah Lagi, Shuhada Terkilan Dengan Hafidz Roshdi
Terdahulu, bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu sekali lagi tidak hadir ke mahkamah.
Shuhada berkata Hafidz sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan urusan perbicaraan di mahkamah dengan memberi kerjasama dan komitmen dengan baik bukannya bersikap acuh tidak acuh.
Untuk info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016. Mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah.
BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live