gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kmy Kmo Mohon Doa, Sebak Anak Diuji Penyakit Sejak Bayi - “Doakan Keputusan Sampel Cecair Tulang Belakang Jabbar Negatif Dari Segala Kuman…”
HIBURAN
Panik! Nadeera Zaini Hampir Hilang 169,000 Pengikut Instagram - “Tergamak Dia Kata Saya…
HIBURAN
Gandingan Menjadi, Peminat Mahu Ezzanie Jasny Bercinta Dengan Niezam Zaidi - “Kami Memang Serasi Masa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Saya Yang Jauh Boleh Datang, Tak Akan Dia Dekat Pun Tak Boleh” - Tak Hadir Mahkamah Lagi, Shuhada Terkilan Dengan Hafidz Roshdi

Mya Amri
Mya Amri
26/03/2024
03:05 MYT
Sponsor Banner
“Saya Yang Jauh Boleh Datang, Tak Akan Dia Dekat Pun Tak Boleh” - Tak Hadir Mahkamah Lagi, Shuhada Terkilan Dengan Hafidz Roshdi
Bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu tidak hadir ke mahkamah sebagaimana yang telah dijadualkan.

BERITA TRENDING: Kes Tumbuk Pipi: "Saya Harap Diadili Sebaiknya Oleh Mahkamah" - Shuhada

Shuhada berkata Hafidz sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan urusan perbicaraan di mahkamah dengan memberi kerjasama dan komitmen dengan baik dan bukannya bersikap acuh tidak acuh.
“Sepatutnya dia kena hadir dan beri komitmen sebab ini hal anak-anak. Kalau boleh kita nak percepatkan sebab dia yang failkan.
“Jadi dia kena bagi kerjasama yang sepatutnya, hal anak-anak memang saya sensitif. Kalau boleh nak ada keputusan secepat mungkin sebab saya nak ada hak itu.
“Sekarang anak dah besar, segala urusan rasmi semua perlukan sijil hak penjagaan, jadi janganlah anggap benda tu mudah, remeh sebab benda itu melibatkan anak-anak. Jadi tolonglah bagi kerjasama.
“Dia kata tidak dapat hadir kerana ada hal tak dapat dielakkan,”katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi ini.

BERITA TRENDING: Enggan Tergesa-Gesa Dirikan Rumah Tangga, Shu Shukri Tak Malu Bergelar Janda - “Shu Tak Tertekan…”

Tambah Shuhada lagi, secara peribadi, dia berasa terkilan kerana sikap Hafidz itu dilihat tidak membantu mempercepatkan urusan di mahkamah.
“Bayangkan, sudah setahun lebih naik turun mahkamah, belum selesai. Bagi saya itu membazir masa sebab tak jumpa jalan penyelesaian.
“Jadi kita nak percepatkan proses itu sebab dia dah ada kehidupan dia dan saya pun kena berjuang untuk anak-anak.
“Saya kalau boleh nak anak-anak gembira, senang dan hidup mudah. Harapnya selepas ini dia akan memberikan kerjasama, kita mudahkan orang lain, Allah mudahkan.
“Dekat Kuala Kubu pun dia tidak hadir. Kalau saya dari jauh pun boleh datang dia yang dekat tak akan tak boleh.
“Bagilah kerjasama, janganlah begini sebab dia yang mula-mula bersemangat failkan, jadi teruskan semangat tu janganlah sekerat jalan.
“Saya datang jauh, jadi kita nak permudahkan urusan anak-anak,”katanya.
Untuk info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016. Mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.

PILIHAN PEMBACA: Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”

Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Kontroversi
#cerai
#Mahkamah
#Hafidz Roshdi
#Shah Alam
#Pukul
#Shuhada Shukri
#Hadanah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement