Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kerek, Hilang Rasa Hormat”- Netizen Menyampah Lihat Sikap Kakak Fasi Perangai Acah Senior

Ainun
06/10/2024 09:25 MYT
Tular di media sosial X apabila seorang individu meluahkan rasa kurang puas hati terhadap fasilitator wanita ketika minggu orientasi sebuah universiti tempatan.

Luahan itu disuarakan selepas menonton video permohonan maaf daripada seorang penuntut rakan fasilitator lelakinya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pelajar baharu universiti berkenaan, fasilitator wanita itu dilihat menyuruh pelajar baharu merakamkan permohonan maaf mereka dengan gaya memerli.

“Kenapalah nak acah-acah garang macam ni. Korang beza 1-2 tahun je dengan junior. Mungkin ada daripada pelajar baru itu lagu tua dari korang.

“Kepada Fasi-fasi semua, tolonglah ingat yang acah kerek macam ni buat orang hilang hormat dan menyampah je untuk korang,” ciap individu tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat individu tersebut bahawa mungkin ada segelintir pelajar yang baru masuk ke universiti itu sudah berusia.

Antara komen yang ditinggalkan:




Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 1.2 juta tontonan dan 19,000 ribu butang suka.

BERITA TRENDING: Bapa Durjana Jual Anak Berharga RM4,000 Kepada Pasangan Tanpa Zuriat

BERITA TRENDING: Lelaki Perempuan Bergaul Bebas, Dakwa Ada Roh Rasul Dalam Diri, Ajaran Cahaya Disekat!

BERITA TRENDING: Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

BERITA TRENDING: Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Ba

#Viral #Netizen #Universiti #UiTM #Kakak #Sikap #Perangai #menyampah #acah #Fasi
;