Pelakon Datin Almy Nadia naik angin apabila kereta yang dinaikinya ketika perjalanan pulang dari Raub ke Kuala Lumpur berbau durian.

Menurut Almy, dia tidak boleh tahan dengan bau buah tersebut kerana mengakibatkan sakit kepala.



"Raub-KL punya la sakit kepala, hampa nak tau sebab apa!! Dalam kereta ada durian musang tau..Apa perasaan hampa kalau jadi kami yerk. Mood ke laut dalam.

"Pantang mak nenek moyang dalam kereta ada durian, pasang penghawa dingin (aircond), hang boh la petua apa pun mampus tak jalan yer.

"Jadi kesudahan perang dunia la jawabnya..Hambik," tulisnya di Instagram Stories.



Tambah isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz menyatakan itu bukan bermakna dia tidak makan durian dan tempoyak.

"Kami makan durian, kami makan tempoyak tapi kami tak boleh ada durian dalam kereta. Itu boleh cari penyakit yer!!! Mood ke laut dalam tengah.

"Disebabkan bau durian yerk dalam kereta dalam perjalanan yang tak sampai sejam setengah, boleh buat perang dunia tau!!

"Dan disebabkan bau durian juga dalam kereta aku langsung tak boleh bangun. Nahhh ambikkk," tulisnya lagi.