Kereta Roy Azman Terbakar, Isteri & Anak Bongsu Sempat Selamatkan Diri

Amri Hassan
Disember 4, 2023 01:19 MYT
Pelakon Roy Azman meluahkan rasa syukur berjaya menyelamatkan diri daripada keretanya yang terbakar di tengah-tengah lebuh raya.

PILIHAN PEMBACA: "Macam Mana Nak Berniaga" - Roy Azman Kecewa IG Digodam

Roy yang kini popular dengan Projek Bapak Bapak berkongsi hantaran di Instagram, menyaksikan kenderaan miliknya itu sedang dijilat api.
Malah, dalam hantaran sama, Roy turut berkongsi keadaan keretanya yang rentung selepas kejadian itu.
"Salam semua. Alhamdulillah. Saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukur," tulisnya ringkas.
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesejahteraan Roy dan keluarga yang ditimpa ujian itu.
Gempak masih cuba mendapatkan maklum balas daripada Roy untuk perkembangan lanjut.

BERITA TRENDING: “32 Tahun Dalam Dunia Seni... Pertama Kali Dapat Trofi, Mungkin Lakonan Abang Tak Menarik” - Roy...

#pelakon #Viral #Terbakar #Roy Azman #Kereta #Selamat