Pelakon Memey Suhaiza berkongsi khabar gembira apabila kereta milik keluarganya dan Abby Abadi berwajah baharu dan berwarna sedondon.

Menerusi laman sosial Instagram, Memey berkongsi beberapa keping foto sewaktu menerima kereta jenis pelbagai guna Toyota Vellfire warna rose gold matte miliknya dan Abby untuk tatapan umum.

“Yang ditunggu akhirnya sampai. Siapa yang teka warna ni, cepat mengaku. Cantik tak warna ni? Mama mummy kan kembar @abby_abadi112. Semua sama kecuali no plate je beza haha. Alhamdulillah berbaloi tunggu,” tulis Memey menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Menerusi perkongsian itu lagi, Memey dan Abby bergambar di hadapan kereta masing-masing dan kelihatan berpuas hati dengan hasil warna Vellfire milik keluarga masing-masing.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji warna kereta terbaharu pasangan ‘kembar’ ini yang cantik dan lain daripada yang lain.

Malah, ramai yang turut suka melihat hubungan ukhwah Memey dan Abby sehingga mempunyai jenis dan warna kereta yang sama.

Cantiknya, suka tengok kaler ni. Doakan saya ada kereta jugak ye satu hari nanti,” komen seorang wargamaya.

Sudahhh, kereta pun sedondon pulak,” kata seorang wargamaya.

Masya-Allah suka tengok family ni,” puji seorang wargamaya.

Menangis la papa dengan abah. Sebab kaler mak mak sungguh. Cantik gila,” usik seorang wargamaya.

Semoga sahabat hingga ke jannah kelak. Suami je lain-lain,” tulis seorang wargamaya.

Aduh kembar ni, kalau dari dulu lagi camni mesti dah serumah dan sekarang ni,” ujar seorang wargamaya.

Sehingga kini, foto Memey tersebut telah menerima hampir 36,000 tanda suka daripada pengikutnya.