Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim menarik perhatian wargamaya apabila melakukan kerja daripada rumah sambil menyuap anaknya makan.

Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman memuat naik beberapa video kerja daripada rumah (WFH) untuk tatapan umum.

“WFH cara melayu. Bukan WTF tau,” tulis Rizalman menerusi ruangan kapsyen.

WFH cagha melayu (work from home) bukan WTF tauu..

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Menerusi perkongsian tersebut, Rizalman dan dua anak angkatnya, Umar Nail, 18, dan Aali Nail, 8, sedang menikmati hidangan nasi kacang bersama rendang kelempong sambil bersila di atas lantai beralaskan tikar mengkuang.

Sambil menyuap Aali, Rizalman turut melayan panggilan persidangan bagi membincangkan perihal kerja.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi WFH Rizalman bersama dengan anak-anaknya.

“Bestnya duduk atas tikar mengkuang sambil makan nasi. Teringat zaman budak-budak dulu,” komen seorang wargamaya.

“Kami pun lagu ni la datuk. Makan bersila sambil bersila depan laptop buat kerja, anak kat tepi,” kata seorang wargamaya.

“Haha, mesti pekerja datuk rindu nak dengar suara datuk berleter,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 37,000 tanda suka daripada warga Instagram.