Hiburan

“Kerja Gila Tapi Last-Last Aku Menangis” - Video Prank Bakar Kereta Kawan Bertukar ‘Tragedi’ Apabila...

Hanafis Haris
30/10/2020
07:25 MYT
YouTuber, Isa Isarb sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila baru-baru ini telah memuat naik sebuah videp prank yang dikatakan agak kontroversi.
Menerusi video berdurasi 14 minit itu, Isa pada awalnya merancang untuk membakar kereta pekerjanya yang dikenali sebagai Faizal.
Jelasnya, kereta model Proton Iswara yang digunakan Faizal terlalu lama dan kerap menimbulkan masalah.
Walaubagaimmanapun, hasrat Isa untuk membakar kereta tersebut terbantut apabila pihak berkuasa melarang tindakan berkenaan.
“Plan tak jadi sebab polis cakap tak bagus bakar kereta depan orang ramai.
“Nanti orang ingat kita buat rusuhan,” katanya.
Menurut Isa, mereka terpaksa mengubah plan tersebut dan akhirnya membuat keputusan untuk hanya menghancurkan kereta berkenaan.
Namun, disebalik kerosakan itu, Isa kemudian membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada Faizal.
Sebuah tow truck yang membawa Perodua Aruz tiba sebaik kereta lama Faizal hancur remuk.
Rata-rata netizen dilihat terkejut dengan kandungan video Isa kali ini yang dikatakan agak berani.
Biarpun ada yang tersentuh dan memuji tindakan murni Isa, namun tidak kurang juga yang menganggap perbuatan menghancurkan kereta orang adalah sebagai agak biadap.
Anda boleh lihat antara reaksi netizen di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tak Makan Pedas & Pernah Pakai Sut Pelindung Diri Dalam Pengangkutan Awam, Ini 10 Fakta Menarik Mengenai Soya Plan

gempak
14/06/2024
08:55 MYT
Siapakah Soya? Jom semak 10 fakta yang anda perlu tahu mengenai pempengaruh ini.
Viral

Dapat Firasat Mimpi, Influencer Kecewa Dicurangi Youtuber Taiwan - “Berat Badan Saya Turun 3KG”

gempak
13/06/2024
14:55 MYT
Pempengaruh dan YouTuber dari Malaysia, Soya Plan secara terbuka berkongsi mengenai kisah perpisahan dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang YouTuber dari Taiwan, René, dalam sebuah video baru-baru ini.
Viral

‘Rebut’ Takhta Popular, YouTuber Maut Ditikam Pesaing Sewaktu Bersiaran Langsung

gempak
11/05/2024
13:50 MYT
Manusia hari ini semakin hilang akal. Hanya kerana sentiasa bersaing sebagai YouTuber yang sentiasa memyajikan konten paling hebat dan ‘laju’
Hiburan

Cemar Kesucian Ramadan, Fahmi Fadzil Minta SKMM Teliti Video Aliff Syukri!

gempak
03/04/2024
00:40 MYT
Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan
Viral

Gaduh Pasal Kentut, YouTuber Kutuk Pemandu Teksi Berdepan 5 Tahun Penjara

gempak
15/02/2024
13:32 MYT
Seorang pelakon yang kini menjadi YouTuber menimbulkan kontroversi selepas menuduh pemandu teksi kentut sewaktu memandu.