Pelakon Hanez Suraya mengakui dia melayan pembantu rumahnya seperti kawan sendiri.

Menjawab pertanyaan peminat mengenai pembantu rumah di ruangan Ask Me A Question di Instagram Stories, Hanez bersyukur dikurniakan dengan pembantu rumah yang baik.



"Soal maid ni rezeki masing-masing. Kadang-kadang ada yang dapat tak sesuai dengan mereka.

"Saya bersyukur kerana maid saya sangatlah baik-baik. Bukan nak puji lebih-lebih tapi bersyukur.

"Mereka jaga anak-anak saya dengan baik. Sayang macam anak-anak mereka sendiri.

"Itu yang paling saya utamakan. Selebihnya bab rumah mereka tahu kerja mereka," kongsinya.

Bekerja sambil bercuti bawak anak2. Fuhhhhhh 24/7 dalam pool. Masing2 kulit ala2 latino ? . Yang penting Hard Rock Penang service memang tiptop!! Akan repeat lagi. Thanks ❤️

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on

Happy Birthday Baby Manja. Semoga menjadi anak yg solehah dan membesar dgn sihat ya. I LOVE YOU SO MUCH ❤️ Sorry syg tahun ni takde party utk u keadaan tak mengizinkan. Nx year InsyaAllah ? #putriraleensya

A post shared by Hanez Suraya ™️ (@hanezsuraya) on


Tambah Hanez lagi, dia mahu pembantu rumahnya selesa dan pelakon drama bersiri Suri ini juga tidak berkira dari segi makanan.

"Kita kena layan mereka macam kawan sebab sebab bagi mereka selesa dengan kita.

"Kerja mereka penat tau, mana nak jaga anak, nak masak, nak kemas, cuci itu ini. Mereka di sini ada kita sahaja sebagai keluarga mereka.

"Bab makan kita jangan berkira, rezeki kita kongsi bersama. Insya-Allah pasti mereka baik dengan kita," tulis Hanez lagi.

Dalam perkembangan lain, aktres yang kini aktif berbasikal ini baru sahaja memulakan bisnes restoran, Meat Cartel yang terletak di Shah Alam dan Senawang.