Hiburan
“Kerja Pengawal, Abah Sanggup Hutang Ceti Nak Belikan Kri Basikal…” Allah Sebaknya Baca Coretan Aliff Syukri Buat Arwah Bapanya
Coretan usahawan produk terkenal, Datuk Aliff Syukri untuk arwah bapanya, Hj kamarzaman Kamaludin membuatkan netizen sebak.
Lebih-lebih apabila Aliff berkongsi video yang merakamkan dirinya menangis sewaktu pengebumian arwah bapanya.
Sebelum arwah dimasukkan ke dalam liang lahad, Aliff menangis teresak-esak sebelum melihat dan memeluk bapanya buat kali terakhir.
Video itu turut disertakan dengan coretan menyentuh hati yang mengimbas kembali kenangan bersama arwah bapanya.
“Buat hero sebenar Kri... Abah yang teramat ku sayangi dan ku sanjungi… Hilang abah seperti hilang separuh roh kekuatan Kri… Mungkin abah tak dapat baca apa yang Kri tulis tapi cukuplah Kri buat sebagai kenangan kisah kehidupan Kri untuk dikenang...
“Sejak abah dan mak @bondarozitaibrahim berpisah umur Kri baru 7-8 tahun... Kri tak faham apa itu perpisahan... Yang Kri tahu kenapa abah dengan mak tinggalkan Kri dengan kak Yati dan arwah Ani di kg.
“Abah dan mak membawa haluan masing-masing bina kehidupan masing... Kami duduk kampung... Abah selalu datang naik motor bagi duit RM50-100 sebulan...
“Untuk kami walaupun abah tak senang... Kerja pengawal, bila ada makanan lebih abah bungkus makanan sisa-sisa nak bagi anak merasa makan…
“Bila dapat gaji abah bawa Kri dan kak long @yatie_sendayutinggi makan kfc kat pekan Sg. Besar... Bahagianya waktu tu.... Gembira sangat kami sebab nak makan kfc tu kena tunggu abah dapat gaji…
“Lepas abah kahwin lagi Kri dapat duduk dengan abah 2-3 tahun... Waktu tu sempat rasa abah hantar sekolah naik motor... Bila tengok orang ada basikal, Kri meronta-meronta nak basikal sebab tengok orang lain ada...
“Abah sanggup hutang ceti nak belikan Kri basikal... (Kri minta maaf Kri tak faham erti susah waktu tu) abah tak pernah marah... Tak pernah pukul kecuali sekali waktu Kri mencuri kad hari jadi kat kedai sebab nak bagi abah sebab tak ada duit tu pertama kali abah pukul Kri...
“Abah ampunkan dosa-dosa Kri, sebagai anak Kri dah cuba bahagiakan abah dengan seikhlas hati dan termampu walau abah tak pernah minta tak pernah mengeluh...
“Abah tak pernah burukkan orang, dalam pada orang selalu kata abah tu lembab tak reti nak marah, apa orang kata abah diam...
“Hari ni Kri tahu Allah kurniakan abah sifat begitu supaya abah tak ada dosa mencaci menghina... Alangkah bahgianya Kri bila jumpa sahabat saudara semua memuji keluhuran abah, baik budi, bicara bila perlu, tak pernah buruk sangka dan burukkan orang...
“Saya memohon semua rakan saya di sini untuk sedekahkan Al-Fatihah dan titipan buat arwah abah saya, Hj kamarzaman B. Kamaludin... Bagi sy inilah hadiah paling bernilai buat saya. Al -Fatihah. Adakah anda dapat rasa apa yang saya rasa sekarang?? @tjdntrmn,” coretnya.
Terdahulu, arwah bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa (26 Oktober).
BACA: “Abah Lah Orang Kuat Yang Mendengar Segala Masalah Saya...”- Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia
Sebelum ini, Aliff menerusi IGnya telah melawat bapanya di hospital yang sedang bertarung nyawa kerana menghidap serangan jantung tahap ketiga dan paru-paru berair.
Must-Watch Video