gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hilang 20Kg Dalam Masa Lima Bulan, Nazrief Nazri Makin Handsome, Nampak Muda! – “Hard Work Pays Off”
HIBURAN
“Saya Tahu Niat Dia Bukan Nak Bersama Saya…” - Azlan Komeng Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Kemelut Rumah Tangga
HIBURAN
“Alhamdulillah, Neelofa Tak Pernah Merajuk Sepanjang…” - PU Riz
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kerjasama Dengan Loca B & Noki Diiktiraf, Kaka Azraff: "Tak Semestinya Kolaborasi Akan Datang Menjadi Juga"

Asraf Aided
Asraf Aided
24/03/2021
03:20 MYT
Sponsor Banner
Kerjasama Dengan Loca B & Noki Diiktiraf, Kaka Azraff: "Tak Semestinya Kolaborasi Akan Datang Menjadi Juga"
Penyanyi berbakat, Kaka Azraff akui belum berbincang mengenai kolaborasi seterusnya bersama Noki dan Loca B selepas mereka menjuarai Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) baru-baru ini.
Menurut Kaka, kejayaan menerusi kolaborasi pertama tidak menjadi tanda ukur untuk kejayaan seterusnya.
"Kami belum pernah bercakap tentang kolaborasi seterusnya setakat ini, bagi saya, jika kolaborasi kali ini menjadi, tidak semestinya kolaborasi akan datang akan menjadi juga.
"Kita harus nilai mengikut lagu, tidak semestinya dah meraih kemenangan menerusi kolaborasi ini harus bekerjasama lagi di masa akan datang.
"Namun, jika ada lagu yang sesuai untuk kami bertiga selepas ini, kalau ada rezeki insya-Allah kami akan berkolaborasi lagi," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Kaka bakal tampil dengan single terbaru beberapa hari sahaja lagi.
Menurutnya, single tersebut menampilkan sisi lain vokalnya, justeru, dia mengharapkan penerimaan yang baik daripada pendengar.
"Saya teruja nak berkongsi single ini dengan peminat, kali ini saya lancarkan single solo pula.
"Single ini masih kedengaran bunyi nyanyian Kaka Azraff, namun ia menampilkan sisi lain vokal saya.
"Saya harap ia mendapat penerimaan yang baik daripada pendengar," katanya lagi.
Selain lagu Gila yang menjuarai AJL35 baru-baru ini, Kaka juga tampil dengan single duet hit bersama penyanyi Indonesia, Jaz Hayat berjudul Karma yang dilancarkan Januari lalu.
Topic Berkaitan
#Kaka Azraff
#Trio
#Kolaborasi
#Loca B
#Gila
#Noki
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement