Terkedu Miss K selepas buka emel hari ini. Rasanya baru je Miss K baca berita tentang kes Alif Aziz belasah isteri di portal Astro Gempak.

Tup-tup dapat pula emel daripada beberapa orang pembaca yang menghantar ‘screenshot’ daripada Instagram (IG) adik kepada pelakon Anzalna Nasir, si Afifah yang didakwa bersama Alif di pusat karaoke ketika ‘diserang hendap’ oleh isteri Alif.

Dakwa mereka, nama Afifah yang juga seorang pelakon baru ini tiba-tiba panas kerana ia turut tercatat dalam laporan polis dibuat oleh isteri Alif.



Marah betul netizen ini semua kepada Afifah termasuk memberikan pelbagai gelaran kepadanya dan ada juga yang membandingkan ‘perangai’ Afifah ini tidak seperti kakaknya.

Kata mereka lagi, Afifah secara tidak langsung mencalarkan rekod baik Anzalna yang tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi atau berita negatif.

Macam-macam lagi yang mereka tulis di ruangan komen Afifah, seram Miss K baca! Jadi, Miss K siarkan yang sudah ditapis je lah ya!



Aduhai...macam-macam hal! Miss K tak berani nak komen banyak sebab kes ini sudah berada dalam siasatan pihak polis.

Biarlah Alif, isteri dan Afifah yang selesaikan perkara ini dengan apa cara sekali pun...Kepada netizen semua, berhentilah menjadi perwira papan kekunci okay!

Miss K: Takut dengar cerita tentang kekasih seorang aktres yang ada tabiat buruk langgan pelacur!