Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

Gempak
22/07/2024 03:10 MYT
Suspek kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah disambung reman tujuh hari lagi.

Direman Tujuh Hari

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada Isnin.

Nurul Mardhiah memerintahkan tempoh reman suspek berusia 26 tahun bermula esok sehingga 29 Julai ini.
Sebelum ini, suspek direman selama tujuh hari bermula 16 Julai hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERITA TRENDING: Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

BERITA TRENDING: Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Akan Disambung Reman Esok

BERITA TRENDING: Terlalu Banyak Spekulasi, Ustaz Hadhari Mohon Orang Ramai Hormat Arwah Farah Kartini - “Menjaja Cerita Tak Baik”

BERITA TRENDING: "Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, kira-kira jam 6 petang.

Ia susulan penahanan suspek yang juga anggota polis selepas mangsa dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.
#Berita #Bunuh #Jenayah #Suspek #Farah Kartini