Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kes Cabut Balik Malaysia Tak Habis Shooting, Ben Amir; "Keputusan Saya Balik Disebabkan..."

Azwa Rahman
16/04/2022 06:48 MYT
Selepas enggan memberikan komen susulan isu saman syarikat produksi dan bersetuju untuk membayar RM100,000, aktor Ben Amir akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut Ben atau nama lengkapnya Muhammad Amir Sabaruddin, 32, dia tidak pernah lari daripada tanggungjawab dan keputusannya pulang ke Malaysia ketika itu atas faktor kesihatan dan keselamatan.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah lari daripada tanggungjawab. Sebaliknya keputusan saya pulang ke Malaysia adalah disebabkan faktor kesihatan dan keselamatan.

"Saya bagaimanapun bersedia bergerak ke hadapan. Dengan harapan yang tinggi saya harap semua pihak akan menghormati keputusan yang dibuat kedua-dua pihak," ujarnya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

A post shared by BenAmirr (@benamirr)


Dalam pada itu, Ben mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuklah keluarga, teman rapat dan peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan kata-kata positif.

"Sekiranya anda peminat dan penyokong sejati... saya harap anda dapat menerima kedua-dua belah pihak berdasarkan merit kami.

"Saya tidak mempunyai sebarang perasaan negatif terhadap Elisa Vision. InsyaAllah saya sedia bekerjasama dengan pihak Elisa Vision sekali lagi," ujarnya.

Pada Khamis, Ben bersetuju untuk membayar RM100,000 kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd berhubung kes saman pelanggaran kontrak membabitkannya ketika membintangi drama Demi di Inverness, Scotland pada awal Mac 2020.

BACA: Isu Saman Syarikat Produksi, Ben Amir Setuju Bayar RM100,000! - "Kita Selesai Cara Baik"

Isu yang tercetus sejak tahun lalu akhirnya diselesaikan secara baik di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Tasnim Abu Bakar.
#Ben Amir #COVID-19 #Saman RM100,000
;