Hiburan
Kes Dadah, Tony Eusoff Dipenjara Di Singapura
Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara ke atas pelakon tempatan, Tony Eusoff kerana memiliki dadah, hari ini.
Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, dihadapkan ke mahkamah pada 31 Mac lepas dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Laporan sebelum ini menyebut pelakon teater P. Ramlee The Musical itu dipercayai memiliki satu paket mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.
Advertisement
Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura pada 12 Mac lepas.
Turut hadir di mahkamah memberi sokongan ke atas aktor kelahiran Sarawak itu adalah penerbit filem Datuk Vinod Shekar dan rakan-rakan artis termasuk Jehan Miskin.
Kredit berita: Bernama
Must-Watch Video