Laman Utama

Kes Gangguan Seksual Ebit Lew, Firdaus Wong & Akhi Fairuz Tampil Jadi Saksi Pendakwa Raya

Shahrin Zulkifle
27/09/2022
07:03 MYT
Pendakwah bebas, Firdaus Wong memaklumkan dirinya akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Firdaus di laman Facebook miliknya pada pagi Selasa.
Selain Firdaus, seorang lagi rakannya, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang juga seorang pendakwah turut bertindak sebagai pandakwa raya bagi kes tersebut.
“Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew akan bermula sebentar lagi. Kami berdua In-Sha Allah akan menjadi saksi pendakwaraya.
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.
“Doakan keadilan dapat ditegakkan dan kebenaran diserlahkan. Allahuma Ameen,” tulisnya pada kapsyen.
Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang menitipkan doa agar urusan mereka berdua dipermudahkan.
Terdahulu, Ebit Lew telah berhadapan dengan 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan manghantar perkataan lucah kepadanya.
Kes perbicaraan bermula hari ini hingga 30 September di Mahkamah Majistret Tenom, Kota Kinabula, Sabah. BACA: 11 Kes Pertuduhan Gangguan Seksual Ebit Lew Esok Di Sabah
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kes Rogol Mondy Tattoo Babit Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan - Peguam

gempak
06/06/2024
09:25 MYT
Pihak pembelaan Ebit Lew memberitahu bahawa, pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah terkenal itu.
Viral

"Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?

gempak
06/06/2024
07:57 MYT
Wanita yang pernah dibantu oleh dermawan terkenal, Ebit Lew iaitu Mondy Tatto berkongsi perkembangan terkini dirinya.
Terkini

Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah

gempak
28/03/2024
21:55 MYT
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Laman Utama

“Kalau Ini Penipuan, Buat Apa Saya Nak Seksa Diri Untuk Bela Orang Dari Kasta Rendah” - Caprice

gempak
20/09/2023
09:28 MYT
Doakan semuanya dipermudah.
Laman Utama

Polis Panggil Caprice, Mondy Bantu Siasatan Terkait Ebit Lew

gempak
19/09/2023
16:44 MYT
Polis akan memanggil penyanyi rap Caprice dan seorang wanita Indonesia