Kes harian negara menunjukkan penurunan dengan 5,726 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,442,224.

Menerusi laman web Kenyataan Akhbar KPK 26 Oktober 2021, 15 kes import dilaporkan manakala kes sembuh pula sebanyak 5,607.

Menerusi kenyataan tersebut, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dengan data yang akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu:***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!