Kes harian negara menunjukkan peningkatan dengan 4,979 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,471,642.

Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my. Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.

Rata-rata pengguna laman sosial melahirkan rasa syukur apabila melihat peningkatan yang agak ketara sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Syukur selepas 5 hari berturut-turut kes melebihi 5,700, harini ada penurunan mendadak dari 5,854 kes kepada 4,979, kes bawah 5 ribu hari ini.

“Tambahan pula, ini adalah penurunan mendadak berbanding minggu lalu juga, berbanding 5,666 minggu lalu, hari ini amat rendah!

“Harap esok akan turun lagi. Bulan November adalah bulan baharu. Harap yg baik-baik untuk bulan depan. Moga-moga kes akan menurun lagi,” katanya.