Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kes Harian COVID-19 Melepasi Angka 6,000, Lebih Tinggi Daripada Semalam…

Izwan Isa
28/10/2021 08:13 MYT
Kes harian negara menunjukkan peningkatan dengan 6,377 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,458,749.

Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my. Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.

Rata-rata pengguna laman sosial melahirkan rasa sedikit bimbang apabila melihat peningkatan yang agak ketara sejak beberapa hari kebelakangan ini.


Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.

#Viral #KKM #Jangkitan #COVID-19 #Kes #DG Hisham #Update