Kes Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Kereta, Bapa Didakwa Cuai
Gempak
07/08/2024 04:47 MYT
07/08/2024 04:47 MYT
Seorang penjual karpet warga Pakistan, iaitu bapa kepada kanak-kanak lelaki 12 tahun, yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan, bertindak cuai hingga mungkin mendedahkannya kepada kecederaan fizikal, pada hujung bulan lalu.
Mengaku tidak bersalah
Muhammad Saleem Fazal Khuda, 53, berstatus pemastautin tetap, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki, berusia 12 tahun, telah mengabaikan dan bertindak secara cuai yang mungkin mendedahkanya kepada kecederaan fizikal.
BERITA TRENDING: Influencer Dedah Suami Paksa Tidur & Mandi Bersama
BERITA TRENDING: Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video
BERITA TRENDING: Influencer Dedah Suami Paksa Tidur & Mandi Bersama
BERITA TRENDING: Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video
Dia dituduh gagal mengawasi kanak-kanak tersebut sehingga murid Tahun Enam berkenaan memandu kereta di Jalan Impiana 10, Taman Putra Impiana, Puchong di sini, pada jam 7.30 petang, 28 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ia berserta hukuman tambahan iaitu orang yang disabitkan atas kesalahan, perlu menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah dan melaksanakan khidmat masyarakat.
BERITA TRENDING: Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah
BERITA TRENDING: Syedot Asmr Mohon Maaf Tapi ‘Off Komen’, Liana Beep
BERITA TRENDING: Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah
BERITA TRENDING: Syedot Asmr Mohon Maaf Tapi ‘Off Komen’, Liana Beep
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahin Sasaruddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berdekatan, sekali setiap bulan.
Sumber: Sinar Harian