Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kes Kanak-Kanak Autisme Dibunuh, Ibu Bapa Ditahan Polis

Gempak
31/05/2024 17:44 MYT
Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai Disember tahun lalu, ditahan polis pada Jumaat.

Menurut sumber, pasangan berusia 28 tahun terbabit ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor kira-kira 11 pagi.

Lelaki dan wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

"Setakat ini tiada maklumat berhubung siasatan yang sedang dijalankan polis terhadap pasangan terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pasangan suami isteri terbabit.

Beliau berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Rakaman Suara Didakwa Milik Ibu Zayn Tular - “Tak Ada Bunyi Kasut, Berdesup Hilang Macam Tu Je”

BERITA TRENDING: “Dia Tak Pernah Nak Susahkan Saya, Susahkan Sesiapa Pun, Termasuk Mak Dia” - Pengasuh Zayn

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kes kematian kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang disyaki dibunuh selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sumber: HARIAN METRO

#Ibu Bapa #Dibunuh #Zayn Rayyan #Diberkas #Kanak Kanak Autisme