Sepotong voice note yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp didakwa milik ibu arwah adik Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf tular di laman sosial.

Rakaman suara tersebut menceritakan secara terperinci saat-saat terakhir arwah hilang daripada penglihatan ibunya.

BERITA TRENDING: Leher Zayn Rayyan Ada Kesan Cedera, Rakyat Malaysia Doa Pelaku Ditangkap

“Dia hilang tengahari masa saya baru ambil dia dari sekolah. Sebelum itu, saya pergi beli barang dapur. Lepas tu, sampai je dekat rumah dia ajak main taman. Taman depan rumah je, dia mengamuk nak main taman. Tak nak naik rumah,” katanya.
@suhadanazry Replying to @Dian poe #adikzayn #adikzaynhilang #fyp #masukberanda ♬ original sound - Nurul Suhada Nazry

Selepas membawa Zayn bermain di taman, mereka pun pulang ke rumah.

“Kemudian saya ajak balik rumah, masa nak naik tangga rumah tu, dia macam nak tak nak ikut. Sebab dia macam nak mengamuk, nak meragam. Saya tak pedulikan lah, saya tak pegang dia sebab pegang barang.

“Tapi dia betul-betul ada belakang saya waktu tu. Lepas tu, saya naik beberapa langkah, saya pusing belakang panggil nama dia. Tengok dia tak ada, senyap,” ujar rakaman suara itu lagi.

Rakaman itu mendakwa, tiada bunyi tapak kasut kedengaran ketika Zayn menghilangkan diri.

BERITA TRENDING: Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh

“Memang saya tak perasan langsung bila dia lari, sebab tak ada bunyi suara langsung. Bunyi kasut pun tak ada. Dia terus lari macam tu je. Memang saya dah mencari belakang rumah, semak semua tak ada. Pelik lah, sekelip mata. Berdesup hilang macam tu je,” kata suara itu.

Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai. Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai dan terbaharu, polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh.

Sumber: TikTok