Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kes Pelakon Tumbuk Teman Wanita: Kertas Siasatan Diserah Ke Timbalan Pendakwa Raya

Gempak
17/07/2024 14:25 MYT
Kertas siasatan berhubung kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya, telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Polis Rekod Keterangan

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas siasatan itu dikemukakan pada Jumaat lalu.

"Kita sudah merekod keterangan pelakon terbabit selain mangsa serta kakaknya.

"Kertas siasatan telah pun diserah ke TPR Jumaat lepas untuk keputusan seterusnya," katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya.

Teman lelaki mangsa kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya itu sebelum memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluar Bersama Kakak Tanpa Izin Punca Pelakon Ini Pukul Teman Wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam SUV

Sumber: Sinar Harian

#pelakon #Teman Wanita #Tumbuk #Timbalan Pendakwa Raya