UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Berita

Kes Penipuan Projek Banglo, Boy Iman Direman Lagi!

Syafiqah Jalal 25/01/2018 | 03:30 MYT

Pelakon Datuk Boy Iman direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.

Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties, tiba di mahkamah pada 11 pagi semalam dalam keadaan bergari dengan diiringi anggota polis.

Perintah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd Nor selepas dipohon polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Lebih 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.

Sebelum ini, Boy Iman pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sumber: Harian Metro
#pelakon #Pelakon #Boy Iman #Direman
;