HIBURAN
Kes Pil Kuda: Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Kena Tinggal Lagi Sebulan Lagi Di Penjara Narathiwat
Penyanyi Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan terpaksa tinggal di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini sekurang-kurangnya sebulan lagi bermula Ahad.
BERITA TRENDING: #GempakVideoNews : Den Manjo Harap Kisah Eda Ezrin Jadi Pengajaran Buat Anak Seni - “Sama-Sama Doakan Dia”
Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat menerima permohonan dan memberi kebenaran kepada Pendakwa Raya Wilayah untuk melanjutkan tempoh mengemukakan permohonan rayuan berhubung pembebasan kesemua individu tersebut.Memetik laporan portal berita apakhabartv.com, jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat mengesahkan pendakwa raya telah membuat permohonan supaya tempoh mengemukakan permohonan rayuan dilanjutkan sebulan lagi.
“Mengikut rekod di dalam sistem komputer kami (mahkamah), pihak pendakwa raya telah memfailkan permohonan itu pada 2 April lalu (Rabu).
“Ia mencatatkan... pendakwa raya memohon supaya tempoh mengemukakan rayuan, yang sepatutnya berakhir 6 April ini, dilanjutkan sebulan lagi.
“Pendakwa raya memberi alasan untuk mencari lebih banyak bukti bagi mengaitkan penyanyi itu berserta lima lagi tertuduh dengan dakwaan memiliki secara bersama untuk menjual 6,059 biji pil kuda,” katanya.
BERITA TRENDING: Eddie Hamid Beri Nasihat Pada Eda Ezrin - “Bersihkan Semula Nama, Harap Pilih Kawan Yang Betul”
BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: Eddie Hamid Selit Doa Untuk Eda Ezrin Dari Makkah - "Kalau Benar-Benar Dia Tak Bersalah ..."
Sekiranya mahkamah membenarkan rayuan pendakwa raya, maka kes Eda Ezrin dan lima tertuduh lain akan dibicarakan di Mahkamah Rayuan Narathiwat pula.Untuk rekod, Thailand mempunyai tiga peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Tahap Pertama, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung.
Selain itu, Raja Thailand pula mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan-sama ada mengurangkan tempoh pemenjaraan atau membebaskan terus-kepada mana-mana banduan yang telah menjalani sekurang-kurangnya tiga tahun penjara.
BERITA TRENDING: Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Terlepas Hukuman Penjara, Bebas Daripada Tuduhan Miliki Pil Kuda
Sementara itu, Pengarah Pembangunan dan Latihan Penjara Pusat Narathiwat, Somsak Paddeang ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai Eda Ezrin dan tertuduh lain akan dibebaskan.“Kami juga tidak tahu mengenai urusan pendakwa raya dan mahkamah. Itu urusan masing-masing yang tidak dimaklumkan kepada kami.
“Sebenarnya pihak penjara hanya akan dimaklumkan sejam sebelum mana-mana banduan perlu dibebaskan. Bila mereka (enam tertuduh itu) akan dibebaskan... sekarang ini kita tidak tahu,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan mereka terlepas daripada hukuman penjara selepas dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November lalu.
Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan dalam prosiding sebutan semula kes yang berlangsung pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.
Bagaimanapun, meskipun dibebaskan daripada tuduhan tersebut, Eda Ezrin, suami serta empat rakannya tetap perlu kembali ke Penjara Pusat Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Peguam bela yang mewakili Eda Ezrin, Sufian Abdul Aziz, berkata, pendakwa raya boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh satu hingga empat bulan.
Sumber: Sinar Harian, apakhabartv.com
Must-Watch Video