Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kes Pukul Nurul Shuhada Berlangsung Hari Ini, Hafidz Roshdi Hadir Ke Mahkamah Ditemani Isteri

Gempak
12/07/2024 02:04 MYT
Pelakon sensasi Hafidz Roshdi meminta mendoakan yang terbaik susulan perbicaraan dakwaan kes memukul terhadap bekas isteri tahun lalu, Nurul Shuhada Mat Shukri, di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hafidz Mohon Doa Yang Terbaik

Hafidz Roshdi tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pada pukul 9 pagi tadi dengan diiringi oleh isterinya, Athira Yuhada yang pertama kali hadir sambil memimpin tangan menuju dewan bicara.

Aktor berusia 30 tahun itu hanya memberi respon ringkas dengan berharap urusannya dipermudahkan.

Sementara itu, Athira mengakui ini kali pertama menemani Hafidz ke mahkamah, bagaimanapun enggan memberi sebarang komen ketika ditanya mengenai harapannya.

“Doakan yang terbaik, doakan.

“Sihat, Alhamdulillah,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, difahamkan bapa saudara Hafidz iaitu Adlan turut hadir bersama bagi memberi sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak Gelar Aku Janda Ke, Anj*ng Ke, Tak Kisah! Ini Bukan Fasal Tak Move On Tapi..." - Shuhada

ARTIKEL BERKAITAN: Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Culas Beri Nafkah, Hafidz Roshdi Tampil Pertahankan Diri - "Fitnah Yang Menjijikkan & Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan"

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?

ARTIKEL BERKAITAN: "Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang


Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.

Pelakon itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya pada 3.22 pagi pada 2 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Namun, mereka bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.

Hafidz yang juga finalis program pencarian bakat, Hero Remaja Edisi 2011/2012 berkahwin dengan cinta pertamanya, Athira Yuhada di Glenmarie, Shah Alam pada 15 Disember lalu.

#Mahkamah #Hafidz Roshdi
;