Hiburan

Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"

gempak
Firdaus
26/06/2024
16:18 MYT
Sponsor Banner
Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri sekali lagi memuat naik hantaran di Instagram Storiesnya selepas aktor tersebut seolah-olah mendakwa dirinya menipu berkaitan isu culas pemberian nafkah.
Shuhada atau lebih mesra disapa sebagai Shu,membuat posting membidas kepada entri yang dibuat Hafidz dengan tanda pagar seperti #JandaPemfitnah dan #JandaPenipu yang seakan-akan menyerangnya berhubung dakwaan sebelum ini.
Dalam pada itu, Shu juga menerangkan salah faham antara mereka telah pun diselesaikan di balai polis namun berasa terkejut apabila Hafidz mengungkit kembali berkaitan isu terbabit.

“Lah kau ni dah kenapa pulak dah ni? Tadi dah settle dekat balai kan? Kau nak apa ni weh?

“Kau tak bahagia ke apa ni? Apa kasihan sangat hidup kau ni? Mengucap banyak-banyak lah matpit oi!” getus Shu.

Hafidz Minta Bukti Tak Bagi Nafkah

Beralih kepada hantaran yang dibuat oleh Hafidz, difahamkan Instagram Stories itu dibuat untuk meminta Shu membentangkan bukti berkaitan tuduhan ke atas dirinya yang dikatakan mengelak daripada pembayaran nafkah.
“Bukti mana bukti?” tulis Hafidz.
Terdahulu, Hafidz mengeluarkan kenyataan di Instagramnya menyatakan bahawa dirinya tidak pernah terlepas daripada pemberian nafkah untuk anak-anak.

BERITA TRENDING:"Saya Tak Wajib Hadir, Nak Settlekan Kes Ini Cepat-Cepat" - Hafidz Roshdi

Hafidz turut menyertakan beberapa tangkap layar transaksi yang dibuat kepada pihak terbabit.

BERITA TRENDING:Mahu Fokus Sambut Aidifitri Dengan Anak-Anak & Keluarga, Shu Shukri Tak Mahu Kenang Peristiwa Hitam

Sekadar info, selepas kemunculan semula Hafidz bersemuka dengan pihak media pada hujung minggu lalu, bekas isterinya, Shuhada tampil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan aktor itu yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.
Bukan hanya dituduh tidak membayar nafkah, Shuhada turut berkongsi mesej Whatsapp berbaur lucah yang didakwa milik Hafidz bersama wanita lain.

BERITA TRENDING:"Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?

Mesej itu juga dikatakan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga mereka.
Selain itu, Shuhada juga meminta bekas suami untuk sedar diri dan tidak hanya berseronok tanpa memikirkan keadaan anak-anak.

BERITA TRENDING:Dituduh Culas Beri Nafkah, Hafidz Roshdi Tampil Pertahankan Diri - "Fitnah Yang Menjijikkan & Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan"

Tambah Shuhada lagi, dia juga telah menanggung bil persekolahan anaknya, Humairah sebanyak RM11,000 tahun lepas akibat masalah emosi yang dialami kanak-kanak tersebut.
Imbas kembali, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live