Kes Rogol Mondy Tattoo Babit Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan - Peguam
Gempak
06/06/2024 09:25 MYT
06/06/2024 09:25 MYT
Pihak pembelaan Ebit Lew memberitahu bahawa, pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah terkenal itu.
Pendakwaan putuskan kes berkenaan tidak akan diteruskan
Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, pihak polis telah menyiasat kes itu namun pendakwaan memutuskan kes berkenaan tidak akan diteruskan.
Pada 29 September tahun lalu, pihak polis memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan kes gangguan seksual dan fitnah membabitkan Ebit Lew, Mondy serta penyanyi rap, Caprice.
Pada 15 September tahun sama, Caprice memuat naik rakaman video yang mana Wanita berkenaan dijadikan sebagai tetamu jemputan.
BERITA TRENDING: Tony Eusoff Dedah Perangai Aktres Bermasalah - “Ada Seorang Saja Yang Ingin Saya Tampar”
BERITA TRENDING: Netizen Tegur Leher Yazmin Aziz Nampak Macam ‘Love Bite’, Ini Respons Tuan Badan
Rakaman itu antara lain membawa maksud bahawa plaintif melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy, selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama.
Ebit selaku plaintif mendakwa Caprice yang juga defendan pertama secara jahat menerbitkan video berkenaan tanpa membuat sebarang pengesahan fakta daripadanya atau peguam.
BERITA TRENDING: “Kalau Ini Penipuan, Buat Apa Saya Nak Seksa Diri Untuk Bela Orang Dari Kasta Rendah” - Caprice
BERITA TRENDING: Polis Panggil Caprice, Mondy Bantu Siasatan Terkait Ebit Lew
Banyak komen negatif, cacian dan makian didakwa dikeluarkan oleh pengikut akaun Youtube Caprice akibat penerbitan video itu.
Plaintif turut mendakwa kenyataan berbaur fitnah dikeluarkan Caprice dan Mondy yang menyebabkan dirinya dikecam, diejek dan diaibkan.
Sumber: SINAR HARIAN