Berita

Kes Terperangkap Dalam Lif: “Saya Ada Tanya 'Pak Guard' Tapi Dia Jawab Tak Tahu” - Ibu Mangsa

gempak
Gempak
21/08/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Kes Terperangkap Dalam Lif: “Saya Ada Tanya 'Pak Guard' Tapi Dia Jawab Tak Tahu” - Ibu Mangsa
Ibu kepada salah seorang daripada kanak-kanak, Faiq Adiwira Rosli, 11, yang dilaporkan hilang akibat terperangkap dalam lif lebih sembilan jam mahu pihak pengurusan lebih peka tentang keselamatan penghuni.

Pak Guard Cakap Tak Tahu

Menurut laporan Sinar Harian, Fospaliza Md Sariff, 48, memaklumkan dia ada bertanya dengan pengawal keselamatan yang bertugas pada petang itu tetapi hanya mendapat jawapan tidak tahu.
"Lif di sini jarang rosak, namun ketika kejadian saya ada perasan lif tak bergerak... tetapi saya tidak terfikir bahawa Faiq akan terperangkap dalam lif.

"Semasa mencari mereka di kawasan sekitar pangsapuri, saya ada tanya pengawal keselamatan (bukan warganegara) tapi dia cuma jawab 'i dont know, i dont know'," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Tiada Permohonan Maaf Dibuat

Dalam pada itu, Fospaliza berkata, anaknya dihantar pulang oleh pengawal keselamatan ke rumah pada jam 12.50 pagi tanpa pengetahuannya.
Ujarnya, pihak pengurusan kini didakwa sedang melakukan siasatan berkenaan kes tersebut dan tiada sebarang permohonan maaf yang dibuat sehingga kini.
"Lif itu bukan terbuka sendiri tetapi operator lif dan pengawal keselamatan yang buka, kemudian mereka hantar Faiq ke rumah tanpa berjumpa dan maklumkan kepada saya apa-apa.
"Yang saya tahu, sekarang pihak pengurusan sedang melakukan siasatan berhubung kes ini.

"Keadaan anak saya dan rakannya dalam keadaan baik, tiada sebarang masalah kesihatan, cuma saya berharap pihak pengurusan untuk lebih cakna berkaitan keselamatan seperti melakukan pemeriksaan serta kawalan berkala selepas ini," tegasnya.

Anak Cuba Minta Bantuan

Dia berkata, ketika terperangkap, Faiq Adiwira dan kawannya sudah cuba minta bantuan namun tidak tiada siapa mendengarnya.

"Mereka tekan loceng, ketuk-ketuk dan menjerit tapi tiada siapa yang dengar.

"Disebabkan sudah penat serta kelaparan, mereka tidur," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, dua kanak-kanak lelaki yang pada mulanya disangka hilang, rupa-rupanya terperangkap lebih sembilan jam dalam lif sebuah apartment di Kuala Lumpur.
Ibu saudara salah seorang kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Ina berkata, anak saudaranya berusia 10 tahun keluar dari rumahnya di Flat Desa Petaling untuk membeli pau dan berjumpa rakannya yang berada di Apartmen Pangsaria berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh mengesahkan, pihaknya ada menerima dua laporan mengenai kebimbangan keselamatan dua kanak-kanak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka Hilang, Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live