Berita
Disangka Hilang, Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif
Dua kanak-kanak lelaki yang pada mulanya disangka hilang, rupa-rupanya terperangkap kira-kira sembilan jam dalam lif sebuah apartmen di Desa Petaling pada Isnin.
9 Jam Terperangkap
Menurut laporan Sinar Harian, ibu saudara salah seorang kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Ina berkata, anak saudaranya berusia 10 tahun keluar dari rumahnya di Flat Desa Petaling untuk membeli pau dan berjumpa rakannya yang berada di Apartmen Pangsaria berhampiran.
"Saya diberitahu anak abang saya (mangsa) itu keluar kira-kira jam 2 petang, namun sehingga jam 10 malam masih tidak pulang.
"Usaha pencarian dilakukan kami sekeluarga di kawasan sekitar, memang risau masa itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Keadaan Lapar & Mengantuk
Tambahnya, mereka sekeluarga bersyukur selepas kanak-kanak itu dijumpai selamat kira-kira jam 1 pagi Selasa.
"Saya diberitahu mereka terperangkap lama dalam lif. Lif telah terbuka sendiri, mereka keluar dalam keadaan lapar dan mengantuk. Syukur semuanya baik," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun dipercayai terperangkap dalam lif apartmen kira-kira sembilan jam.
Kata beliau, terdapat dua laporan mengenai kebimbangan keselamatan dua kanak-kanak itu diterima pihak polis.
"Mangsa telah dijumpai semula dalam keadaan selamat," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Selepas Hilang Sejak Jumaat
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Sahkan Tiada Barang, Dokumen Milik Nidza Afham Hilang
ARTIKEL BERKAITAN: Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah
ARTIKEL BERKAITAN: Kucing Disangka Hilang, Rupa-Rupanya Dibaham Harimau Akar!
ARTIKEL BERKAITAN: Anggota Tentera Hilang Lebih Sebulan Ditemui Selamat
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video