Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan individu yang mendapat tarikh janji temu dos penggalak vaksin COVID-19 untuk hadir bagi menerima suntikan tersebut.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini susulan kadar keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan.

"Sebab itu PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) memberi dos penggalak.

"Pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara. Di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac meningkatkan keberkesanan sehingga 95%," maklumnya.

Untuk berita lanjut sila layari Astro AWANI di sini.

Foto: AWANI

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!