Umum mengetahui tentang polemik yang melanda rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pelakon serta pengarah, Syamsul Yusof.

Hal berkaitan rumah tangga mereka juga turut terkait dengan kehadiran orang ketiga, yang difahamkan juga merupakan seorang selebriti.

Selepas hampir empat tahun memendam rasa, Sarah akhirnya mengambil tindakan mahkamah terhadap individu berkenaan yang dikatakan cuba untuk menjatuhkan maruahnya.

Kongsi Sarah, tindakan mahkamah diambil selepas individu terbabit telah mencabar Sarah beberapa kali untuk menyaman dirinya.

Hal tersebut bukan sahaja meraih rasa kasihan dalam kalangan netizen, malah turut mencetuskan perasaan bangga memandangkan Sarah dilihat cuba untuk mempertahankan hak sebagai seorang wanita dan juga isteri.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)


“Today mama cuti. Outing day with anak-anak,” tulis Sarah ringkas menerusi perkongsian terkini di Instagram.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang cuba untuk memberi sokongan, selain meninggalkan komen-komen positif di ruangan komen.

“Kesian anak-anak macam ada kekurangan tu time outing.”

“Awak memang wanita yang kuat!.”

“Cantik dan handsome anak-anak. Always support you dik. Happy always ok.”

“Sabar, ujian Allah. Allah bertambah sayang dengan kita walaupun dah nak meletup dengan manusia.”

Terdahulu, nama Sarah menjadi perbualan ramai selepas mendedahkan identiti wanita yang dianggapnya penghancur hubungan rumah tangga yang dibinanya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.