Hiburan
Kesihatan Merosot, Netizen Doakan Kesembuhan Ibu Que Haidar
Pelakon Que Haidar mengakui dia berasa sedih apabila memikirkan mengenai keadaan kesihatan ibunya, Rahmah Hussein.
Menerusi 'screenshot' perbualan yang dikongsikan, individu tersebut yang merupakan ahli keluarga terdekat menyatakan keadaan ibu Que agak nazak.
"Ye keadaan mak nampak teruk. Tak stabil semuanya..Bernafas semua susah.
"Tadi dapat tengok kejap je. Harap mak lekas sembuh," tulisnya.
Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar menitipkan doa supaya diberi kesembuhan kepada ibunya di ruangan kapsyen Instagram (IG) miliknya.
"Bismillahirahmanirahim.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Kurniakanlah.. Pulihkanlah semula kesihatan ibuku seperti sediakala Ya Allah.
"Ampunkanlah semua dosanya Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha penyayang dan pengampun. Amin amin amin," tulis Que.
Di ruangan komen, pengikut setia laman Instagram Que mendoakan agar ibu Que diberikan kesembuhan.
Dalam masa yang sama, peminat juga turut mendoakan agar Que sekeluarga tabah menempuh ujian yang diberikan Allah.
Terdahulu, pasangan Que dan isteri, Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.
Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 9, dan Tengku Cleopatra Haidar, 7.
Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan, 19, hasil perkahwinan sebelum ini.
Must-Watch Video